Maafkan orang, Allah ampunkan kita

 

1. Dalam al-Quran, Allah mendidik kita agar bersedia memaafkan orang lain. Perbuatan baik kita ini berupaya menyebabkan Allah mengampunkan dosa kita. Firman Allah:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ

“Maafkan serta lupakanlah kesalahan mereka itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah al-Nur: 22

2. Perhatikan ayat ini. Sebaik sahaja Allah menyebutkan tentang sifat memaafkan kesalahan orang lain, Allah susuli pula dengan ganjaran pengampunan dosa dariNya. Seakan-akan memaafkan dosa orang lain boleh menyebabkan dosa kita diampunkan oleh Allah.

3. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan maksudnya iaitu:

ألا تحبون – أيها المؤمنون أن يغفر الله لكم ذنوبكم ، بسبب عفوكم وصفحكم عمن أساء إليكم؟

“Tidakkah kamu suka wahai orang-orang yang beriman agar Allah mengampunkan dosa-dosa kamu disebabkan kamu memaafkan dan berlapang dada dengan mereka yang telah menyakiti kamu? (Tafsir al-Wasit)

4. Pada hakikatnya ayat ini diturunkan ke atas Saidina Abu Bakar yang bersedih dengan kelakuan Mistah bin Usasah yang terlibat dalam memfitnah Saidatina Aisyah. Abu Bakar bertekad untuk tidak lagi membantu Mistah lalu Allah turunkan ayat ini sebagai bimbingan buat orang-orang yang beriman. Allah mendidik muslim agar bersifat memaafkan. (Tafsir Ibn Kathir)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts