Doa, bantu saya – Mufti WP

 

DOAKAN saya, bantu saya dan berilah pandangan. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredaanNya.”

Begitu kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri apabila dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan beliau sebagai jemaah menteri kabinet baharu di Putrajaya, hari ini.

 

 

Zulkifli berkata, beliau terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan kuliah maghrib bulanan seperti sedia kala sejurus pengumuman itu.

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan.

“Kepada Allah SWT kami berserah dan bertawakal,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya, hari ini.

Zulkifli mencatat sejarah apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik dalam barisan Kabinet. – MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts