Doa yang diajarkan kepada Fatimah

  1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah ﷺ dikatakan pernah masuk ke rumah Saidatina Fatimah, dan mendapati Fatimah sedang terlelap tidur. (Setelah terjaga) Baginda lalu bertanya, apakah yang menyebabkan beliau tidur pada waktu begini. Lalu Fatimah menjawab: “Aku kepenatan (atau tidak sihat).”
  2. Rasulullah ﷺ kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir ini yang sunnah untuk dibacakan setiap hari iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.” (Lafaz doa atau zikir ini daripada riwayat al-Nasa’i)

  1. Menurut riwayat al-Nasa’i pula, Rasulullah ﷺ pernah mewasiatkan kepada Fatimah agar sentiasa membaca doa ini pada waktu pagi dan petang. Ini supaya kita sentiasa meletakkan kebergantungan diri kita kepada Allah tidak kira saat susah mahu pun senang.
  2. Doa ini juga sesuai untuk dibacakan saat kita kesusahan. Ini kerana lafaz doa ini membawa kita agar meletakkan pengharapan kepada Allah. Dalam riwayat al-Tirmizi, Rasulullah ﷺ direkodkan pernah membaca lafaz terawal doa ini ketika ditimpa sesuatu kesusahan. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Anas:

كَانَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ يَقُولُ: (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

“Sesungguhnya Rasulullah apabila ditimpa sesuatu perkara maka Baginda akan mengucapkan: Ya Hayyu, Ya Qayyum, birahmatika astaghith.” (HR al-Tirmizi)

  1. Amalkanlah lafaz zikir dan doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ ini. Doa dan zikir ini mendidik kita meletakkan kebergantungan (tawakal) dan pengharapan kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts