Dr Ahmad Sanusi dilantik Penasihat Syariah Indahnya Islam

 

INDAHNYA Islam dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Dr Ahmad Sanusi bin Azmi telah dilantik sebagai Penasihat Syariah Indahnya Islam dalam usaha memacu lebih jauh projek dakwah Indahnya Islam.

Dr Ahmad Sanusi bin Azmi merupakan pakar dalam bidang hadis dan orientalis telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Hadis di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2004 dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teologi di University of Birmingham, United Kingdom dan lulus dengan cemerlang pada tahun 2017.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre, Malaysia. Beliau terlibat dalam penulisan lebih 15 buah buku dan 25 buah jurnal serta telah menjadi pembentang dalam seminar dalam negara serta antarabangsa sebanyak 27 kali.

 

 

Pelantikan Dr Ahmad Sanusi sebagai Penasihat Syariah merupakan komitmen Indahnya Islam untuk terus bergerak maju menyediakan sebuah platform yang membawa masyarakat bersama merasai keindahan Islam melalui pengamalan Islam secara menyeluruh.

“Indahnya Islam merupakan sebuah laman yang informatif, membantu dalam memahami isu semasa serta membina kerangka kefahaman tentang Islam.” – Dr Ahmad Sanusi

INDAHNYA ISLAM
www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts