Orang Melayu berhak martabat khazanah tulisan Jawi

 

BANGI – Puak yang melatah apabila ‘Hari Jawi’ mahu diperkenal dan dilaksanakan perlu tahu bahawa tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim berkata, akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Beliau menegaskan, tulisan Jawi bukan hanya warisan malah merupakan identiti teras negara, Islam, Melayu dan kedaulatan raja.

“Seperkara yang paling asas, mengapa mereka begitu biadap menentang padahal ini hak orang Melayu memartabatkan tulisan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dilaksanakan mulai semalam, dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu disokong penuh oleh semua jemaah menteri dalam mesyuarat Rabu lalu.

Pengumuman itu bagaimanapun tidak disenangi segelintir pihak yang menganggap ia sebagai satu usaha terkebelakang.

Malah, Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong menyatakan akan menentang habis-habisan jika orang bukan Islam disuruh untuk mempelajari tulisan Jawi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts