Dr Ahmad Sanusi: Mengapa saya yang disekat?

1. Ini adalah kali kedua facebook page dan personal akaun saya telah disekat dari menerbitkan sebarang tulisan (temporary blocked). Kali pertama dahulu disekat atas kritikan saya terhadap pendirian pihak tertentu tentang LGBT. Post tersebut telah dipadam oleh facebook.

2. Kali kedua pula disekat kerana menjelaskan serta mengkritik gambar yang menghina Rasulullah yang dikongsikan oleh seorang non Muslim. Pada saya, gambar tersebut bukanlah punca laman ini disekat kerana terdapat sahabat saya yang lain turut menyebarkan gambar tersebut, namun facebook mereka tidak disekat.

3. Barangkali kandungan artikel tersebut yang menjadi punca kepada sekatan terhadap page ini. Antara isi utama penulisan tersebut adalah kritikan tidak langsung ke atas sikap lembut pihak tertentu terhadap mereka yang menghina Rasulullah.

4. Adalah menjadi tanggungjawab Muslim untuk mempertahankan Rasulullah. Ini dapat dilihat daripada sirah perjuangan para sahabat terdahulu di mana mereka menjadikan jiwa dan raga mereka sebagai pendiding yang memelihara kedudukan pesuruh Allah.

5. Muslim tidak seharusnya menjadi lembik seperti Bani Israel yang membiarkan Nabi Musa berjuang bersendirian melawan kezaliman. Perkara ini direkodkan di dalam al-Quran yang menyebutkan:

فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

(Kata Bani Israil: Wahai Musa) “pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu.” (Surah al-Maidah: 24).

5. Mungkin juga kritikan terhadap gagasan Rahmatan lil Alamin yang dibawa oleh pemerintah menjadi punca mengapa laman ini disekat. Kritikan tersebut adalah berlandaskan pemerhatian dan bersandarkan panduan dari Quran dan hadith.

Tuan-tuan masih boleh membaca artikel tersebut melalui link di bawah. Nyatakan pandangan Tuan Puan sekiranya artikel tersebut dirasakan bercanggah dengan Quran dan hadith:

https://www.researchgate.net/…/329223144_Konsep_Rahmatan_Li…

5. Akhir sekali, Facebook turut memberikan peringatan kepada saya bahawa sekiranya terdapat lagi posting saya yang dilihat bercanggah dengan standard mereka, maka ada juga kemungkinan page ini akan ditutup terus.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts