Dunia Palestin saluran informasi utama isu terkini Palestin

Bangi – Dunia Palestin Network melancarkan ‘Dunia Palestin’ sebagai saluran informasi untuk rakyat mendapatkan maklumat terkini serta kajian penting mengenai isu Palestin.

Dunia Palestin yang ditransformasikan daripada ‘Hadis Palestin’ diuruskan oleh agensi media bebas yang tidak terikat dengan sebarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti politik.

Matlamat utama penubuhan Dunia Palestin ini adalah untuk menjadi rujukan utama isu Palestin di Malaysia menerusi pelbagai platform media.

“Dunia Palestin akan dibangunkan secara berfasa selain menjalankan ceramah serta seminar latihan isu Palestin secara fizikal dan dalam talian.

“Pengguna media sosial boleh mengikuti Dunia Palestin menerusi platform Telegram, Facebook dan aplikasi X,” katanya.

Dalam pada itu, pengikut Telegram sebelum ini – ‘Hadis Palestin’ – meluahkan rasa teruja dan menyambut baik transformasi saluran media tersebut kepada Dunia Palestin.

Ketika ini, saluran itu mempunyai seramai lebih 104,000 pengikut.

Ramai pengikut Dunia Palestin kini mula membanjiri ruangan komen untuk memberikan sokongan serta cadangan bagi menambah baik saluran ini dari semasa ke semasa.

“Satu usaha yang baik untuk semua orang sertau termasuk yang bukan Islam untuk menghayati perjuangan Palestin,” kata Siddiq Khamaruddin.

“Insya-Allah terbuka hati belajar tentang Islam selepas melihat jerih perit kelangsungan hidup rakyat Palestin. Mungkin boleh buat satu slot untuk semua orang boleh terus membantu perjuangan Palestin tidak kira dari sumber kewangan, keperluan kelangsungan hidup, pakaian sejuk dan doa,” katanya.

Turut berkongsi nada yang sama, pengikut dengan nama ‘Mie@qassam’ berkata, transformasi ini merupakan satu usaha luar biasa oleh pihak Dunia Palestin Network.

“Bab transformasi sudah ‘rare’, yang bagusnya laman ini gunakan bahasa kebangsaan. Rakan-rakan dari negara jiran, Brunei, Indonesia, Singapura pun boleh faham. Memang terbaik,” katanya

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts