Penyokong Celtic kumpul 80,000 Euro untuk Palestin

Palestinian-flags-flown-at-Celtic-match-despite-UEFA-threats-08

 

GLASGOW, Rabu – Penyokong kelab bola sepak Celtic telah mengumpulkan lebih £ 80,000 untuk badan amal Palestin dalam usaha untuk membayar denda yang dikenakan UEFA kerana mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan menentang pasukan Hapoel Beer Sheva dari Israel.

Kumpulan Brigade Green telah membangunkan laman web gofundme pada hari Ahad lalu dan telah menerima sumbangan melebihi dari jangkaan asal kumpulan itu dan mencapai mencapai £ 82,000 pada pagi Selasa.

Wang itu akan dibahagikan sama rata antara Bantuan Perubatan Palestin (MAP) dan Pusat Lajee, iaitu sebuah Pusat Kebudayaan Palestin di Kem Pelarian Aida di pinggir Baitulaham.

Dalam satu kenyataan kumpulan penyokong itu di laman web gofundme, perbuatan penyokong-penyokong kelab Celtic mengibarkan bendera Palestin adalah simbolik kepada perpaduan.

‘’Pada perlawanan Liga Juara-juara dengan Hapoel Be’er Sheva pada 17 Ogos 2016, Briged Green dan peminat di seluruh Celtic Park telah mengibarkan bendera Palestin. Ini adalah satu bentuk solidariti kepada perpaduan dan tindakan ini telah dipuji di seluruh dunia.’’

‘’Sehubungan itu, dengan tindakan yang dikenakan oleh badan induk bola sepak Eropah, kami berazam untuk memberi sumbangan positif kepada permainan dan melancarkan kempen untuk #matchthefineforpalestine.’’

Ini adalah kali kedua Celtic didenda UEFA. Pada 2014, Celtic didenda $ 18,000 selepas penyokong mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan menentang Iceland KR Reykjavik. – Agensi

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts