Edar al-Quran terjemahan di Belanda, tepis persepsi buruk terhadap Islam

Bagi mengajak orang mengenal Islam, kelompok Muslim di Belanda mengagihkan salinan al-Quran terjemahan bahasa itu kepada orang ramai di Arnhem, bahagian timur negara berkenaan.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada acara ‘Jangan Bakar, Baca’ bagi menepis persepsi buruk terhadap agama Islam.

Ia susulan insiden serangan penistaan terhadap kitab suci umat Islam oleh pemimpin gerakan Patriotik Eropah Menentang Islamisasi Barat (PEGIDA) pada bulan lalu.

Presiden Yayasan Masjid Arnhem Turkiyem, Galip Aydemir berkata, beliau yang bekerjasama dengan Yayasan Diyanet Belanda melakukan program berkenaan bertujuan untuk menyampaikan tentang Islam dan al-Quran sebagai kitab suci mereka.

Jelas beliau, pihaknya berhasrat untuk melihat perpaduan dalam kalangan penduduk Arnhem.

“Biarlah al-Quran dan semua teks suci (mashaf) tidak dibakar, tetapi bacalah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web agensi berita Anadolu pada Ahad.

Program itu dianjurkan oleh enam pemimpin masjid di Dataran Jansplein iaitu lokasi di mana pemimpin sayap kanan Edwin Wagensveld cuba membakar naskhah al-Quran pada 13 Januari lalu.

Selain salinan al-Quran terjemahan, penganjur turut mengedarkan risalah yang menerangkan tentang Islam kepada orang ramai yang lalu lalang.

Sementara itu, salah seorang penerima naskhah al-Quran terjemahan, John Maters berkata, beliau begitu menghargai program tersebut dan pada masa sama turut mengecam tindakan povokatif dilakukan oleh Wagensveld pada bulan lalu.

“Bila anda berfikir tindakan provokatif yang dilakukan bulan lalu, anda membuatkan orang ramai menjadi musuh antara satu sama lain.

“Saya rasa anda tidak perlu menjadi seorang yang beragama untuk memahami bahawa hal ini tidak masuk akal,” ujarnya.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama Wagensveld melakukan penistaan terhadap kitab suci umat Islam itu.

Beliau sebelum ini pernah mengoyakkan al-Quran di hadapan bagunan Parlimen Belanda di The Hague pada 22 Januari 2023 dan sekali lagi pada 13 Februari tahun sama di Utrecht.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts