home Semasa Elemen burung dalam Hadis Tawakal

Elemen burung dalam Hadis Tawakal

 

1. KETIKA menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti.

2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Kata al-Baihaqi:

فهذه الطيور لا تبقى في أوكارها تنتظر رزق الله

“Burung-burung ini tidak kekal di dalam sarang mereka menanti rezeki yang akan diberikan oleh Allah (sebaliknya burung-burung ini keluar mencari rezeki).

3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapakan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari.

4. Atas sebab itulah Saidina Umar menegur sekumpulan manusia yang datang dari Yaman tanpa membawa bekalan. Saidina Umar bertanya kepada mereka:

مَا أَنْتُمْ؟ فَقَالُوا: نَحْنُ المُتَوَكِّلُوْنَ. فَقَالَ: بَلْ أَنْتُمُ المُتَّكِلُوْنَ.

“Siapakah kamu semua ini? Mereka menjawab: Kami adalah golongan yang bertawakal. Umar membalas: (kamu bukanlah orang yang bertawakal) bahkan kamu adalah orang yang hanya bersandar (tidak berusaha).

5. Lalu Saidina Umar menjelaskan kepada mereka tentang konsep tawakal:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالمُتَوَكِّلِيْنَ؟ رَجُلٌ أَلْقَى حَبَّةً فِي الأَرْضِ ثُمَّ تَوَكَّلَ عَلَى رَبِّهِ

Biar aku beritahu kamu tentang orang yang bertawakal: Iaitu lelaki yang mencampakkan benih ke tanah (iaitu berusaha bercucuk tanam) dan kemudian dia pun bertawakal kepada Allah. (Inilah sebenar-benar tawakal) (Syu’ab al-Iman).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *