Facebook sekat agensi berita Palestin

 

WASHINGTON– Facebook menyekat Shehab News Agency daripada platformnya dengan menuduh organisasi berita itu melanggar garis panduan ditetapkan.

Agensi berita Palestin yang beribu pejabat di Semenanjung Gaza yang dikepung itu, secara meluas membuat liputan mengenai pendudukan negara haram Israel.

Ia termasuk pencabulan negara pengganas itu terhadap penduduk Palestin di Gaza, Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis Timur.

Sebelum disekat laman media sosial itu, Shehab News mempunyai lebih daripada tujuh juta pengikut di Facebook dalam halaman Bahasa Arab.

Ia mempunyai lebih daripada 500,000 pengikut di Twitter, yang mana secara berkala memuat naik gambar dan video dari seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

Halaman Facebook Bahasa Inggeris Shehab News – yang masih berjalan seperti biasa – mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut.

Shehab News menerusi akaun Twitter mengesahkan sekatan itu hari ini. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts