Fahaman liberal bencana kepada ummah: Muafakat

 

PUTRAJAYA – Kewujudan gerakan dan individu yang berpegang dengan ideologi liberalisme secara terbuka boleh membawa bencana kepada ummah.

Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), Dr Wan Adli Wan Ramli berkata, kebebasan yang diperjuangkan puak liberalisme ini bercanggah dengan ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Namun amat dikesali, puak-puak ini sewenang-wenangnya bebas mempromosikan idea mereka, dengan membawa hujah ulama sehingga memberi fahaman salah.

“Misalnya Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar, antara orang kuat yang memperjuangkan liberal. Dalam kenyataan dia sebelum ini, antaranya pernah menghentam Sultan Nazrin. Dia mengkritik pemikiran politik yang melihat sultan dan raja sebagai institusi pemerintahan.

“Bagi puak liberal seperti Khalid ini, mereka menolak institusi kesultanan dan kerajaan. Bagi mereka, mempertahan institusi sultan dan raja sebagai puncak pemerintahan adalah bertentangan dengan kebebasan yang mereka perjuangkan.

“Khalid menganggap agama boleh menjadi ilham untuk bebas, dalam konteks agama Islam, dia menggunakan kitab wahyu dan tafsiran berbeza untuk anjur idea kebebasan dan kesamarataan. Sebab itu dia menggunakan agama untuk menentang sultan dan raja,” katanya dalam kertas kerja Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-10, bertemakan Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia di Putrajaya, semalam.

Mengulas lanjut Wan Adli berkata, bukan sahaja Khalid, bahkan ramai lagi pejuang liberalisme di negara ini.

Antaranya, Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, G25 Malaysia, Islamic Renaissance Front (IRF), Sister In Islam (SIS), Institue For Democracy And Economics Affairs (Ideas).

Jelas beliau, puak-puak liberal ini memperjuang penolakan atau pengabaian ajaran agama, sekiranya bertentangan dengan kebaikan rasional mengikut fahaman mereka.

“Contohnya, mereka menentang Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah. Mereka menentang meskipun rang undang-undang tersebut selaras dengan Islam dan Perlembagaan Negara.

“Kononnya mereka menuduh pindaan Akta 355 memberi imej buruk kepada Islam, atau mewujudkan dua sistem undang-undang yang memberi kesan buruk berdasarkan rasional manusia.

“Sebab itu wacana pemikiran Islam oleh puak liberal bersungguh-sungguh mengangap pelaksanaan Syariah bertentangan dengan Maqasid Syariah, kononnya untuk menjaga hak orang bukan Islam,” katanya.

Hakikatnya Wan Adli berkata, pemikiran liberalisme ini tidak pernah selari dengan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Masyarakat dinasihatkan untuk berhati-hati dengan fahaman liberalisme, pemikiran ini sangat bahaya dan ia adalah bencana yang merosakkan akidah umat Islam.

“Jika tidak ditangani dengan baik, ia pasti menyeleweng dan merosakkan lagi pemikiran masyarakat umat Islam secara keseluruhannya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts