Fiqh para ulama’ adalah dalil bagi masyarakat awam

Sepertimana orang awam sudah terlepas tanggungjawab dalam ikhtiar perubatan dengan bertanya pandangan doktor muktabar, demikianlah juga orang awam sudah terlepas tanggungjawab dalam ikhtiar amalan agama dengan pandangan ulama’ muktabar.

Apabila orang awam mula mengambil alih tugas orang yang bertanggungjawab, maka jadilah isu seperti antivaksin yang pertikai autoriti pihak yang berwajib dalam isu perubatan ini.

Demikianlah juga dalam isu-isu agama atau fiqh, apabila ada yang mula mengambil tanggungjawab ulama’ dalam menilai dalil, maka jadilah seseorang itu (nauzubillah) dilihat anti bermazhab, kerana dah mula pertikai dalil para imam mazhab, dan seumpamanya. Akhirnya dia hanya akan membina satu mazhab yang tersendiri, yang mungkin dinamakan sebagai ‘mazhab dalil sahih’.

Ini hakikatnya satu pandangan yang rosak dalam beragama kerana menafikan peranan ijtihad yang telah dimainkan para ulama sejak dari zaman Rasulullah SAW.

Saya teringat apa yang dinyatakan oleh guru saya seorang pakar Usul Fiqh, apabila ditanyakan mengenai ‘Fiqh Dalil’ iaitu fiqh yang dipelopori sesetengah kelompok masa kini yang meletakkan syarat dalil sahih sebagai mazhab mereka. Guru saya menyatakan apa yang dinamakan sebagai Fiqh Dalil itu pada pandangannya hanyalah Fiqh Fitnah.

Ini kerana ia merendahkan nilai mazhab empat yang lebih awal terbentuk daripada pembukuan kitab-kitab hadis itu sendiri, sehingga seolah-olahnya menyatakan bahawa imam mazhab tidak tahu hadis.

Titik penyelesaiannya saya lihat adalah meletakkan tanggungjawab pada ahlinya, dan kenali posisi diri dalam bidang tersendiri. Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts