Gantian dokumen kahwin, cerai dan rujuk percuma bagi mangsa banjir

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi permohonan mangsa banjir mendapatkan semula salinan dokumen perkahwinan, perceraian serta rujuk yang terjejas akibat banjir.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS amat prihatin dan mengambil berat kemaslahatan orang awam yang terjejas akibat banjir yang di kebanyakan daerah di Selangor.

“JAIS menjangkakan bencana alam ini turut menyebabkan kemusnahan, kerosakan atau kehilangan dokumen rasmi penting berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk yang dikeluarkan oleh JAIS.

“Sehubungan itu, mangsa banjir yang kehilangan dokumen Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003, Surat Perakuan Nikah di bawah subseksyen 26(1), Surat Perakuan Cerai di bawah subseksyen 55(5) atau Surat Perakuan Rujuk di bawah subseksyen 52(3) enakmen sama, boleh membuat permohonan mendapatkan semula salinan dokumen itu tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam

Mohd Shahzihan berkata, individu terbabit boleh berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan dokumen itu mulai hari ini sehingga 31 Januari 2022. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts