Gara-gara Ozil bela Uighur,TV China batal siar perlawanan Arsenal

 

BEIJING: Stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City daripada programnya, selepas pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil menyuarakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Ozil adalah warga Jerman berketurunan Turki. Beliau mengutuk operasi kejam China terhadap minoriti Muslim itu dalam muat naik di Twitter, kelmarin, ketika mengkritik negara Muslim kerana gagal bersuara membantah kekejaman terbabit.

Permainan Liga Premier di London, hari ini, antara Arsenal dan Manchester City pada mulanya dijadualkan disiarkan secara langsung saluran sukan CCTV, sebelum tengah malam, menurut satu jadual yang diterbitkan terlebih dahulu akaun rasmi Weibo liga itu.

 

 

Bagaimanapun, hari ini, CCTV menggantikan perlawanan dalam jadualnya it dengan perlawan yang dirakam antara Tottenham dan Wolverhampton Wanderers.

“Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah Muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke kem.

“Muslim tidak bersuara. Suara mereka tidak kedengaran,” menurut Ozil dalam tulisan di Twitter dalam bahasa Turki, kelmarin. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts