Gempa bumi kuat landa utara Sumatera

 

BANDA ACHEH – Lebih 20 dilaporkan terbunuh manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa terletak 77km timur laut Banda Acheh, Indonesia dan 440km barat daya Langkawi, Kedah.

Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh. – Ismaweb

 

cd4c7d62387b52aaa973f9b5e51eb805

 

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Elak jadi ejen Israiliyyat

  KECENDERUNGAN masa kini menyaksikan penganjuran program berbentuk keagamaan semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan umat Islam. Antaranya,…