Gempa Lombok: Biarpun bergegar, imam tetap teruskan solat

 

JAKARTA: Rakaman video seorang imam di Bali, Indonesia, khusyuk memimpin solat sambil menahan dinding ketika gegaran gempa bumi Lombok turut menggegarkan masjid itu, menjadi tular di laman sosial.

Imam terbabit sebelum itu menyampaikan kuliahnya di sebuah masjid di Denpasar sebelum dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi berukuran 7.0 magnitud itu.

Dalam rakaman video menggunakan telefon bimbit itu kelihatan menahan dinding supaya tidak rebah ketika masjid bergegar, meneruskan solat bersama jemaah lain.

 

 

Klip berkenaan tersebar pantas selepas dimuat naik di Facebook dan ditonton lebih daripada 130,000 kali selain turut dikongsi di You Tube dan Twitter.

“Saya menangis, dia langsung tidak tersentak walaupun dalam Islam dibenarkan meninggalkan solat ketika gempa bumi,” kata ulama Indonesia, Yusuf Mansur yang berkongsi klip itu kepada dua juta pengikutnya melalui Instagram.

Sekurang-kurangnya 91 orang terkorban dalam kejadian gempa yang memusnahkan ribuan bangunan di Lombok itu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts