Generasi yang akan mengembalikan Islam

BtZT-rvCYAE749j

 

“Manhaj Ilahi yang dicernakan melalui Islam hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini.

Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya di dalam hati dan kehidupan manusia.

Mereka mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. Mereka akan melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sudah sebati di dalam jiwa manusia. Mereka akan menentang manusia yang dikuasai oleh kelemahan hawa nafsu dan yang menghalang usaha ini.

Dengan segala kesediaan ini mereka akan melaksanakan manhaj ini semaksima mungkin menurut kemampuan fitrah manusia, menurut kemampuan diri dam realiti mereka.

Mereka akan memulakan usaha ini bertitik tolak daripada sejauhmana kemampuan yang mereka miliki. Mereka tidak lupa realiti mereka dan segala persediaan yang perlu mereka miliki dalam melangkah melalui proses penerapan manhaj ilahi ini”.

Syed Qutb (terjemahan oleh Salehan Ayub), buku : Inilah Islam, terbitan pustaka salam, cetakan 2011, m/s 23.

Kata-kata Syed Qutb tentang hakikat manhaj Islam. Dalam teks ini beliau juga menerangkan sifat Jilul Taksis (generasi pengasas) ataupun Qaedah Sulbah (tulang belakang).

Saya simpulkan daripada teks beliau ini :

1. Hakikat untuk mendirikan Islam: Ia perlu dipikul oleh sekumpulan manusia yang bekerja untuknya.

2. Sifat Jilul Taksis dan Qaedah Sulbah yang perlu ada dalam mereka yang ingin menjayakan Islam:

  1. Mengimani dengan sepenuhnya bahawa Islam adalah manhaj yang benar.
  2. Istiqamah berpegang teguh dengan manhaj.
  3. Pengorbanan yang tinggi sehingga mengorbankan segala yang dimiliki.
  4. Menentang kelemahan hawa nafsu dalam jiwa diri mereka sendiri dan diri manusia
  5. Menentang siapa sahaja yang menghalang usaha mengembalikan manhaj ini.
  6. Melaksanakan manhaj Islam semaksima mungkin dalam diri mereka dan tempat mereka.
  7. Bersifat realistik dengan mengetahui kedudukan semasa dan apa yang perlu lakukan semasa.
  8. Bersedia dengan sepenuhnya kepada apa sahaja kemungkinan yang mungkin berlaku.

Wallahu’alam. Semoga dalam diri kita ada sifat-sifat berikut.

Ustaz Ikram bin Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Antara dua alam

  Solat yang sempurna merupakan rahsia kebahagiaan jiwa dan kedamaian sanubari. Kebahagiaan dan kedamaian itu selanjutnya akan memberi…