GPS senarai kriteria ‘Calon Muslim Berwibawa’

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menuntut parti politik memilih individu Muslim berwibawa sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Serentak itu GPS menggariskan lima kriteria calon Muslim berwibawa sebagai garis panduan kepada semua parti politik di negara ini.

Antara ciri-cirinya adalah:

– Mengangkat agenda Islam dan aspirasi Perlembagaan di Parlimen

– Memperjuang agenda Bumiputera

– Berintegriti, cekap dan mahir dalam urus tadbir

– Bebas dari pengaruh asing dan mempunyai agenda ummah dan perpaduan rakyat.

– Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Tamadun Melayu

Lima kriteria ini diumumkan ketika sidang media Himpunan Pengundi Sedar di Kelab Sultan Sulaiman petang semalam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts