Guan Eng ekstremis cuba hasut rakyat benci Islam, Melayu

 

BANGI – Parti tamak haloba, DAP nampaknya sudah tidak boleh tidur lena dek kerana kerjasama antara UMNO dan PAS, apatah lagi jika BERSATU turut bersama. 

Perkara itu secara jelas dapat dilihat berdasarkan kenyataan terbaharu Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang gentar dengan pembentukan Pakatan Nasional sehingga menyifatkannya satu perkara yang bahaya kepada rakyat Malaysia.

Guan Eng, hari ini dilaporkan berkata, pakatan itu dilihat berbahaya kerana akan didominasi oleh muslim dalam Kerajaan Persekutuan, dan secara terbuka menentang Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokratik serta bukan Islam.

Menyelar pandangan Islamofobik dan rasis itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, Guan Eng tidak mempunyai apa-apa justifikasi untuk memberi ‘amaran bahaya’ kepada rakyat jika Islam dominan.

Malah, sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman kemerdekaan lagi, pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak pernah mengabaikan bangsa dan agama lain.

“Pada waktu dulu, orang Islam bukan sekadar majoriti di Parlimen, tetapi sangat dominan dengan komposisi wakil rakyat Muslim yang sangat besar, terutamanya parti pemerintah.

 

 

“Jadi ini hanyalah strategi lapuk dan bobrok yang digunakan oleh DAP setiap kali kedudukan mereka tercabar dan tergugat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, dapat disaksikan dengan jelas bahawa ini adalah cubaan Guan Eng untuk menghasut perasaan kebencian rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan juga Melayu.

“Inilah sebenarnya politik rasis dan ekstremis yang selama ni DAP berpura-pura kononnya melaungkan seruan keterbukaan dan ‘rahmah’ kepada rakyat. 

“Bagi saya, kenyataan Guan Eng boleh dianggap sebagai menghina institusi Raja yang menjaga agama Islam. Apakah beliau cuba mengaitkan perpaduan umat Islam dengan ekstrimisme? 

“Apakah salah umat Islam yang bergaduh sesama sendiri berbaik-baik semula? Sebenarnya sudah terbukti siapa sebenarnya rasis dan ekstremis, dengan pelbagai isu termasuk terpalit dengan isu komunis dan LTTE. 

“Rakyat mesti tolak DAP sehingga mereka rebah demi keharmonian. Malaysia akan lebih aman tanpa DAP, percayalah,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts