Guru KAFA belum divaksin tidak boleh bersemuka dengan murid

TAIPING: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang belum divaksin, mungkin tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka bagi keselamatan murid dan semua warga sekolah.

Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka bakal mengguna kaedah Kementerian Pendidikan itu menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Bahagian Pendidikan JAKIM dan pada masa menasihati guru terbabit untuk mendapatkan suntikan vaksinasi dengan segera sebelum bersemuka dengan murid.

“Apa yang takut sangat soal vaksin? Setakat ini, ramai meninggal dunia sebab COVID-19 daripada meninggal dunia kena vaksin.

“Guru adalah orang paling dekat dengan anak murid, jadi bagi pendapat saya sepatutnya guru ini kena ambil vaksin.

“Bagaimanapun, perkara ini akan dibincangkan secara menyeluruh di bahagian pendidikan nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Musa’adah Banjir Mukim Bukit Gantang di Dewan Orang Ramai Matang, di sini.

Pada 3 September lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menetapkan guru yang enggan atau masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak dibenarkan terbabit dalam sesi pengajaran di dalam kelas atau berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak, selamat bagi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 diberi ruang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara tidak bersemuka meskipun diarah hadir ke sekolah untuk melakukan tugasan lain yang akan diberikan kelak. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts