Israel henti guna alat pengesan logam di masjid Al-Aqsa

 

BAITULMAQDIS – Israel hari ini menghentikan penggunaan pengesan logam di masjid al-Aqsa yang pemasangannya mencetuskan bantahan besar-besaran rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menarik balik pengesan logam di laluan masuk ke Al-Haram Al-Sharif.

“Kabinet bersetuju supaya pihak keselamatan mengubah kaedah pemeriksaan menggunakan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan dengan teknologi canggih dan lain-lain kaedah,” kata kenyataan itu.

Alat pengesan logam itu dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa berikutan serangan oleh tiga pemuda Palestin yang membunuh dua pegawai polis rejim Zionis.

Susulan keputusan itu, ratusan rakyat Palestin meraikannya dengan berkumpul berhampiran pintu masuk ke Masjid Haram al-Sharif.

Warga Palestin menyifatkan pemasangan itu sebagai pencerobohan ke atas kedaulatan dan status quo Masjidil Aqsa.

Ini bukan hanya disebabkan alat pengesan logam itu, tetapi kerana ia menunjukkan siapa yang mengawal dan berkuasa ke atas Masjidil Aqsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts