Hafiz Quran tidak pernah bangga mengaku hafiz

PUTRAJAYA: Seseorang yang hafiz al-Quran secara kelazimannya akan menjauhi daripada pernah berbangga mengaku bahawa dirinya itu sebagai hafiz kecuali atas keperluan tertentu.

Perkara itu didedahkan pendakwah terkenal tempatan, Dr. Muhammad Lukman Ibrahim yang juga pensyarah dalam bidang pengajian al-Quran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).about:blank

“Sekiranya kedapatan ada seorang yang dengan mudah mengaku dia hafiz, maka seharusnya kita kena ada rasa syak terhadap pengakuan tersebut,” nukil beliau menerusi laman sosialnya.

Hantaran tokoh dalam pelbagai program keagamaan televisyen itu tular diperkatakan netizen susulan kes seorang wanita menghina Islam di sebuah kelab di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Individu itu dengan megah mendakwa konon menghafal 15 juzuk al-Quran namun kemudian bertindak melucutkan tudung di kepala dan baju kurungnya dengan tampil skirt mini yang seksi.

Bagaimanapun dia sudah ditahan pihak polis di ibu negara dan akan didakwa esok di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Mengulas lanjut, Muhammad Lukman menambah, gelaran hafiz mesti datang dengan ‘pakej’ akhlak ahli al-Quran dan jika tidak, ia bakal mendatangkan fitnah jahat terhadap agama Islam.

“Pengakuan ‘hafiz’ datang bersama tanggungjawab dan jika dia buka baju, maka hendaklah dianggap sedang menghadapi masalah tertentu yang tidak selaras kelakuannya,” jelas beliau.

Tokoh itu kemudian mendedahkan wanita tersebut juga dipercayai memiliki pegangan yang jauh menyimpang termasuk pernah tular kerana mempromosikan pergaulan bebas tanpa batas.

Justeru ujarnya, perbuatan dia itu mempunyai maksud bagi menghina golongan hafiz serta syiar Islam selain bertujuan peribadi untuk kandungan media sosial dan publisiti secara murahan.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika sekadar habis tasmik iaitu baca depan guru, maka ia belum lagi dikira hafiz kerana hafiz mesti ingat apabila ditanya secara rawak pada bila-bila masa.

Kelompok hafiz juga jelas Muhammad Lukman, hanya akan mengaku hafiz ketika waktu tertentu sahaja seperti temuduga pekerjaan atau pembuktian terhadap sesuatu perkara berkaitan.

“Sebab itu saya ulang sekali lagi bahawa seseorang hafiz tidak akan semudahnya mengaku dia menghafaz al-Quran secara terbuka bagi menunjukkan kehebatan dirinya,” tegas beliau.

Ketika ini dianggarkan ada sejumlah lebih 100,000 hafiz yang masih hidup di seluruh negara dikeluarkan daripada 1,483 buah institusi berdaftar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bilangan mereka dijangka meningkat selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016 lalu.

Muhammad Lukman turut menyeru pihak berwajib agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap golongan cuba memperlekehkan Islam sebagai bahan jenaka secara terbuka di khalayak.

Pada masa yang sama, beliau meminta masyarakat Islam menjaga solat fardu dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW supaya tidak terpesong dengan gerakan halus pihak anti-Islam. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts