Jangan buka ruang LGBT promosi perbuatan secara terbuka: Timbalan Mufti Perak

 

BANGI – Kerajaan didesak supaya tidak membuka sebarang ruang kepada pejuang ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT) mempromosi dan bermegah-megah dengan perbuatan mereka secara terbuka, sama ada menerusi media massa, penulisan atau demonstrasi.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, beliau menyokong pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa LGBT adalah satu dosa dan haram, walaupun ia dibuat secara terang-terangan atau tersembunyi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya tidak menandatangani sebarang deklarasi antarabangsa yang cuba menghalalkan perbuatan itu di negara ini, jika benar serius mahu mengekangnya daripada terus berleluasa.

“Malah, kita juga mencadangkan supaya kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab dengan hal ehwal agama Islam supaya memperhebatkan lagi kempen kesedaran masyarakat Islam dan bukan muslim ke arah membenci perbuatan LGBT,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Zamri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mujahid menerusi wawancara khas beliau bersama sebuah portal berhubung isu LGBT.

Menerusi wawancara itu, Dr Mujahid berkata, beliau akan terus melakukan dialog dan mendekati golongan LGBT bagi memberi penjelasan bahawa perbuatan itu haram serta bercanggah dengan Islam.

“Di sini kita perlukan dialog. Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT, ia perbuatan bercanggah dengan Islam, melanggar moral dan adat,” kata Dr Mujahid.

Mengulas perkara berkenaan, Ustaz Zamri berkata, beliau menyambut baik projek dialog seumpama itu diadakan, namun meminta pertimbangan kerajaan melihat ianya daripada pelbagai sudut.

“Projek dialog itu baik, tetapi perlu dibezakan antara mereka yang terjebak dan mahu kembali ke pangkal jalan dengan mereka yang mempromosi secara tegar perbuatan dosa itu,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts