Hagia Sophia sambut ulang tahun ketiga selepas dibuka semula sebagai masjid

ISTANBUL – Bangunan ikonik Hagia Sophia yang terletak di bandar Istanbul, Turkiye menyambut ulang tahun ketiga sebagai masjid semalam, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye (Diyanet), Ali Erbas mengetuai solat Subuh di Masjid Besar Hagia Sophia.

Beliau menyifatkan pembukaan semula Hagia Sophia sebagai masjid adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya.

“Dengan keputusan Presiden kami, Hagia Sophia berjaya dibuka semula untuk umat Islam beribadat,” katanya sambil menambah masjid berkenaan telah menerima 21 juta pengunjung sejak dibuka tiga tahun lalu.

Pada 24 Julai 2020, Presiden Recep Tayyip Erdogan, mengumumkan bangunan ikonik tersebut yang merupakan salah satu keajaiban seni bina dunia dibuka kembali sebagai sebuah masjid.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turkiye mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

Erdogan mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Keputusan itu mungkin menyebabkan wujud ketegangan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai muzium.

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts