Haji sepatutnya menyuntik semangat membebaskan tanah umat Islam: Dr Solah Sultan

 

MESIR – Ibadah haji yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap tahun sepatutnya memberikan nafas dan semangat baru untuk membebaskan seluruh tanah umat Islam daripada segala bentuk penjajahan yang sedang dihadapi pada hari ini.

“Haji pada umat Islam terdahulu (sahabat dan salaufssoleh) menjadikan mereka pemerintah di atas muka bumi ini, sedangkan haji pada umat Islam pada hari ini menjadikan mereka semakin cinta kepada dunia dan takut kepada mati (wahn)”

Syeikh Dr Solah Sultan, antara ulama tersohor di Mesir berkata demikian dalam satu kenyataan yang dipetik di laman sesawang Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia.

Tegas beliau apabila kita menghayati surah at-Taubah ayat 5 kita akan mendapat gambaran bagaimana orang terdahulu apabila telah berlalunya bulan haram iaitu selepas ibadah haji, ianya memberi kesan dengan menjadikan umat Islam itu kuat lalu meruntuhkan segala jahiliyyah-jahiliyyah yang berada di sekelilingnya.

“Sedangkan kita pada hari ini hanya melihat saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, Iraq, Sudan, Afganistan, Somalia diseksa, dihina bahkan dibunuh sesuka hati oleh musuh dari setiap penjuru sedang ibadah haji kita langsung tidak mengesani perasaan dan tindakan kita”

Beliau adalah salah seorang ulama besar di Mesir yang kini sedang dipenjarakan di Mesir sejak rampasan kuasa oleh tentera di sana pada tahun 2013 akibat kezaliman pemerintahan As-Sisi.

Tambah beliau bahawa kebalakangan ini beliau membayangkan bagaimana akan tiba suatu hari nanti apabila muslimin yang telah menunaikan haji enggan pulang ke negara mereka tetapi mereka berkumpul sambil berkata: Seperti mana Allah swt menyuruh kita bersatu di dalam haji maka kita hari ini bersatu dalam jihad untuk membebaskan tanah haram ketiga juga kiblat pertama bagi umat Islam daripada tangan musuh yang menjajah.

Sumber: http://muis.org.my/2016/08/haji-sepatutnya-menyuntik-semangat-membebaskan-tanah-umat-islam/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts