Ramadan perlu dihidupkan dengan dakwah dan jihad: Dr Ali Al-Qaradaghi

 

SEORANG muslim tidak sepatutnya menghidupkan malam sahaja terutama di akhir Ramadan ini, tetapi mereka juga perlu menghidupkan siang mereka dengan dakwah, jihad dan menyeru manusia kepada syariat Islam.

“Seperti mana kita memerlukan kepada bangun malam kita juga perlu berdakwah dan berjihad dengan menyeru manusia ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran”

Syeikh Dr Ali Al-Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam laman sesawangnya baru-baru ini bersempena sepuluh malam akhir Ramadan.

Tambah beliau lagi apabila kita lihat dalam Al-Quran terdapat dua surah yang mempunyai irama, lafaz serta seruan yang sama tetapi dengan bentuk yang berbeza iaitulah surah Al-Muzammil dan Al-Mudathir.

“Surah al-Muzammil menyeru supaya kita bangun hidupkan malam dengan tahajjud dan doa sedangkan Surah al-Mudathir menyeru supaya kita menghidupkan siang kita dengan dakwah dan jihad”

Inilah juga yang kita perhatikan dalam jiwa Sahabat dan peribadi Nabi saw sendiri bagaimana baginda sendiri menghidupkan malamnya untuk membina hubungan denganNya kemudian menghidupkan siangnya untuk menyeru manusia kerahNya.

Sumber: iumsonline.org
Kredit: muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts