HAMAS mengucapkan takziah atas pemergian Ustaz Dr Soberi Awang

Saudara Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, menghubungi dan mengucapkan takziah melalui panggilan telefon kepada keluarga Allahyarham Dr. Soberi bin Awang, Naib Presiden Majlis Ulama ISMA (MUIS). Allahyarham adalah salah seorang daripada mereka yang melakukan usaha perintis dalam menyokong perjuangan Palestin di Malaysia.

Allahyarham meninggalkan dunia dengan pengakhiran terbaik, iaitu semasa memberi kuliah subuh di sebuah masjid di Malaysia, setelah menempuh perjalanan panjang dalam ilmu, dakwah dan jihad

Haniyeh melahirkan rasa dukacita dan kesedihan barisan kepimpinan pergerakan itu apabila menerima berita kematian Dr.Soberi. Beliau turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Ustazah Nur Hayati yang sentiasa berganding bahu bersama suami dalam menyokong perjuangan Palestin.

Disamping ucapan takziah secara umumnya kepada semua rakyat Malaysia, para ulama dan pendakwah yang lain serta semua yang bekerja untuk perjuangan Palestin secara khususnya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada jasa-jasa yang telah dimainkan oleh Allahyarham Dr.Soberi dalam memperjuangkan isu Palestin sepanjang amal dakwah dan keilmuan.

Beliau turut mendoakan agar Allahyarham dipenuhi dengan limpahan rahmat Allah, ditempatkannya di taman syurgaNya yang luas serta digantikan perjuangan Palestin dengan orang-orang sepertinya di kalangan ulama yang jujur ​​dan pendakwah jihad.- MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts