Hamas tak maafkan Britain bantu kewujudan Israel

GettyImages-473725424-640x480

 

TEL AVIV, Isnin – Hamas tidak akan memaafkan Britain kerana peranannya dalam membantu penubuhan negara haram Israel serta sokongan terhadap hari ‘malapetaka’ yang menimpa rakyat Palestin.

Jurucakap Hamas, Yasser Ali berkata, Britain menakluki tanah Palestin dan mereka adalah negara pertama yang menyokong hari Nakba.

Nakba ialah istilah Arab yang bermaksud malapetaka, merujuk kepada kewujudan negara Israel pada tahun 1948.

Memberitahu sebuah majalah Palestin, beliau berkata, Britain membantu menubuhkan entiti Israel di atas runtuhan tanah bersejarah Palestin, yang mengakibatkan pengusiran rakyat Palestin selain ada yang disembelih dan dibunuh beramai-ramai.

“Kita tidak akan sesekali melupakan segala bentuk kemudaratan kepada rakyat Palestin ketika Nakba, termasuk kesakitan dan penderitaan disebabkan oleh Britain dan sekutunya,” kata.

Ini bukan kali pertama Hamas menyalahkan Britain berikutan kewujudan Israel.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/hamas-tak-maafkan-britain-bantu-kewujudan-israel/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts