Hamas tangkap pembunuh ketua Brigade Al-Qassam

 

GAZA – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, semalam mengumumkan pasukan keselamatan pergerakan itu menangkap pembunuh Ketua Brigade Al-Qassam, Mazen Fuqaha.

“Kami mengumumkan kepada rakyat dan negara bahawa kami telah menangkap pembunuh syuhada, Mazen Fuqaha,” katanya pada sidang media di hadapan rumah Fuqaha di Tel al-Hawa di Bandar Gaza.

Fuqaha adalah pemimpin kanan yang mengetuai sayap ketenteraan Hamas – Brigade Al-Qassam – ditembak mati secara misteri pada 24 Mac lalu berhampiran rumahnya.

Haniyeh berkata, pembunuh itu yang melaksanakan arahan rejim Israel kini berada dalam tahanan Hamas dan telah membuat pengakuannya.

Fuqaha, yang berasal dari Tubas, di utara Tebing Barat, dipindahkan ke Gaza selepas dibebaskan rejim Israel, berikutan persetujuan pertukaran banduan di antara Hamas dan Tel Aviv pada 2011. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts