Hamas tuntut gencatan senjata menyeluruh

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dilaporkan mahu gencatan senjata yang lengkap dan menyeluruh di Gaza, selepas pengantara Qatar memaklumkan rangka kerja untuk gencatan senjata sementara sedang diusulkan.

“Kami tegaskan mengenai gencatan senjata yang menyeluruh, bukan sementara,” kata pegawai kanan Hamas, Taher Al-Nunu kepada AFP.

Menurutnya, sebaik sahaja pertempuran berhenti, butiran selebihnya boleh dibincangkan termasuk pembebasan tebusan.

Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) telah mengetuai usaha pengantaraan sejak perang meletus pada 7 Oktober antara Israel dan Hamas.

Terdahulu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata, pertemuan di Paris dengan ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan pegawai tertinggi keselamatan Israel serta Mesir telah menghasilkan rangka kerja untuk gencatan senjata berperingkat.

Beliau mengesahkan bahawa rangka kerja itu akan menyaksikan tebusan wanita dan kanak-kanak dibebaskan terlebih dahulu, dengan bantuan juga memasuki Semenanjung Gaza yang dikepung.

Pihak-pihak itu berharap untuk menyampaikan usul ini kepada Hamas dan membawa mereka ke tempat yang mana gerakan perjuangan itu terbabit secara positif dan konstruktif dalam proses berkenaan.

Tidak jelas sama ada Hamas menerima cadangan itu daripada Qatar.

Sebelum ini, Qatar menjadi pengantara dalam gencatan senjata pada hujung November yang membawa kepada pembebasan sejumlah tebusan Israel dan warga asing serta bantuan memasuki wilayah Palestin yang terkepung.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Mengapa perlu merdeka?

  Persoalan bila, di mana, bagaimana, dan siapa, tentang kemerdekaan Malaysia selalunya diketahui jawapannya oleh semua. Daripada generasi…