Hamas ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia

 

BANGI – Kewujudan pelbagai agensi yang mengutip dana di Malaysia dan menyerahkannya kepada agensi di Palestin memudahkan urusan dan melancarkan proses penyerahan.

Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh berkata, dengan banyaknya agensi, cakupan lebih meluas dan lebih ramai mendapat bantuan daripadanya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadi penyumbang tertinggi di antara negara lain,” katanya ketika sidang media tertutup yang turut dihadiri wakil Aman Palestin pada 25 Januari lepas.

Ucapan beliau dikongsikan oleh Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Nik Muhammad Rafie di Facebook beliau hari ini.

 

 

Ustaz Rafie memaklumkan Ismail berkata demikian bagi menjawab persoalan mengapa dana Palestin dari Malaysia tidak disalurkan kepada satu agensi sahaja di Palestin.

Sebelum ini Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dilapor mendakwa bahawa sumbangan rakyat Malaysia untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa tidak sampai kepada pihak berkaitan di negara itu.

Katanya, keadaan ini dikesan sejak dua tahun lalu selepas pihaknya menerima maklumat tidak ada penyaluran sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk Masjid Al-Aqsa, meskipun banyak pihak mengutip dana. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp/telegram:
0193357019 (Ustaz Nu’man)

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts