Islam cara hidup lengkap buat penganutnya: Tun Mahathir

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga cara hidup yang lengkap untuk umatnya.

Beliau berkata sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu.

“Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penyataan kasih dan sanjungan tinggi kita terhadap Baginda atas perjuangannya dalam menyebarkan syiar Islam,” kata Dr Mahathir dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.

Klip video perutusan Perdana Menteri itu dipaparkan di laman YouTube, Chedet Official. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts