Hampir 100 kita hilang kuasa

 

3 Mac 1924 adalah tarikh secara rasminya kejatuhan khilafah Uthmaniyyah. Kejatuhan ini menandakan kejatuhan secara rasmi kuasa Islam jatuh setelah hampir 1300 tahun berkuasa 2/3 dunia iaitu di rantau timur tengah, Mediterranean selatan eropah, sebahagian afrika dan Nusantara Melayu. Kejatuhan ini menggegarkan dunia Islam kerana tempat mereka berteduh dan berlindung kini sudah diruntuhkan. Persoalannya mengapa kejatuhan ini berlaku?

Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu kita fahami bahawa Mustafa Kemal Ataturk walaupun beliau adalah sosok tubuh yang menjadi dalang pengisytiharan Republic of Turkey dan penghapusan sistem khilafah ini, namun kemerosotan khilafah ini telah bermula lebih awal semenjak Sultan Selim-3 dimana bermulanya pembaratan institusi dan pemikiran golongan elit. Setelah perjanjian Karlowitz pada 1699 dan kekalahan Uthmaniyyah kepada The Holy League di Hungary, berlaku satu perubahan pada pemikiran Uthmaniyyah dimana mereka mula melihat peradaban barat sebagai lebih ‘superior’ dari mereka dan perlunya berlaku reformasi atau westernisasi didalam Uthamniyyah dengan menjadikan barat sebagai sumber tamadun baru mereka. Disini ada tiga perkara utama yang saling berkait diantara satu sama lain yang akan dikupas berkenaan kejatuhan atau kemerosotan uthmaniyyah. Yang pertama adalah westernisasi. Kedua, nasionalisma dan yang terakhir adalah peranan Young Ottoman dan Young Turk mewujudkan Yeni Hayat (Kehidupan Baharu).

Proses westernisasi dan modernisasi Uthmaniyyah bermula dengan sekularisasi sistem askar kemudian kanun kod undang-undang dan sistem cukai uthmaniyyah dengan pengenalan Edict of Gulhane dan mencetuskan era baru dikenali sebagai era Tanzimat sehingga lah keruntuhan khalifah. Westernisasi ini juga bermakna kedudukan umat islam diletakkan setaraf dengan orang bukan islam dari segi agama, politik, hak dan penghapusan konsep millet yang telah lama berpasak semenjak zaman Mehmed II. Walaupun tanzimat ini gagal kerana kegelojohan sebahagian yang mahu langsung memisahkan syariah dan mengamalkan konsep ‘Laicite’ namun kesannya memberikan impak kepada keadaan uthmaniyyah dan diselesaikan dengan revolusi Mustafa Kemal.

5 ciri mengenai westernisasi dan modernisasi uthmaniyyah menurut pakar sejarah Uthmaniyyah Halil Inalcik dapat digambarkan dan disimpulkan seperti berikut, pertamanya modernisasi ini merupakan langkah “self-defence” dari imperialisma Eropah.  Perkara ini memberikan platform mudah untuk penembusan budaya barat kemudiannya. Kedua, modernisasi secara sistematik bermula dengan reformasi ketenteraan kemudiannya ke pentadbiran dan institusi awam. Ketiga, negara merupakan pemula kepada westernisasi dan reformasi ini dan perubahan dilakukan dari atas ke bawah. Keempat, majoriti umat islam melawan modernisasi ini dan mereka sangat berharap kepada ulama’, agas, a’yan atau secara mudahnya pemimpin agama mereka. Kelima, kehendak untuk memuaskan hati non-muslim dan kuasa barat menjadi pendorong uthmaniyyah melakukan modernisasi ini.

Modernisasi di zaman kemunduran Uthmaniyyah ini dilihat mula di implintasi secara sosial dengan permulaan pemakaian fez dan pakaian ala barat. Seterusnya ketika era ini, banyak institusi yang mengambil dan mengadaptasi pendidikan dan silibus dari eropah mula muncul seperti contohnya Istanbul University. Perubahan di kalangan golongan elit ini mewujudkan satu jurang diantara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar. Masyarakat elit juga pemerintah mula menjadikan Eropah sebagai puncak kegemilangan tamadun contohnya perlumbaan membina mahligai atau istana seperti Dolmahbace Palace dimana istana ini dibina sebagai tanda persaingan ketinggian kuasa dan harta diantara Eropah dan Uthmaniyyah ketika abad ke 19.

Siri-siri perubahan ini dapat dilihat secara ketara berlaku pertembungan ideologi yang besar diantara pemerintah dan golongan elit iaitu diantara golongan islamis dan golongan anti-khalifah, sekularis, modernis. Pertembungan ini jelas dilihat dan digambarkan di era pemerintahan Sultan Abdul Hamid ke-2 dimana Sultan Abdul Hamid merupakan seorang yang beridentiti Pan-Islamism dan mahu semua rakyat dibawah naungannya menerima identiti Islamic Ottomanism yang dibentuk berasaskan kepada kesatuan umat islam dibawah identiti Ottomanism dan Ummet juga penolakan budaya barat yang cuba diserap manakala golongan Young Turk pula mahu menegakkan identiti Turkism bahawa Uthmaniyyah adalah negara bangsa Turkish dan Ottomanism yang memberikan hak sama rata orang bukan islam dan orang islam juga mahu membentuk identiti berasaskan konsep pemisahan agama dari kerajaan atau negara. Kejatuhan Sultan Abdul Hamid ke 2 menandakan runtuhnya benteng idea Pan-Islamism dan menandakan kejayaan pembaratan Uthmaniyyah dengan hilangnya akar islam sebagai tunjang identiti Uthmaniyyah selama 600 tahun.

Munculnya figur Musatafa Kemal Atarturk hanyalah pelengkap kepada proses kemerosotan Khilafah Uthmaniyyah dan kegagalan Uthmaniyyah dari diresapi oleh idea pembaratan dimana tamadun barat dijadikan sebagai inspirasi golongan elit kerana dilihat lebih maju dan puncak kegemilangan dan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan. Kehilangan institusi penting ini melihatkan umat islam hilang tempat berlindung dari pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan komuniti islam secara keseluruhannya. Kesan kejatuhan ini dapat dilihat sehingga hari ini dimana masih tiada negara Islam yang mampu mengatasi Tamadun Barat atau tamadun timur.

 

Muhamad Amirul Asyraf,

Penyelidik Peradaban Islam Ottoman dan Iberia

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts