Hampir dibatal penyertaan, Azizulhasni tak pernah ragu sokong Gaza

BANGI – Kerana menyokong Gaza, pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan pernah hampir ditendang keluar daripada perkampungan sukan dan penyertaannya di satu kejohanan besar di Eropah.

Menyingkap kembali kisah yang berlaku pada Julai 2014, beliau berkata, tindakan itu adalah gara-gara beliau memaparkan sokongan melalui mesej ‘Save Gaza’ di atas sarung tangan yang dipakainya.

Mohd Azizulhasni berkata, beliau bertindak mengangkat kedua belah tangan untuk menunjukkan mesej kepada seluruh dunia sejurus memenangi perlumbaan menentang pelumba dari England

“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi.

“Lagi memburukkan keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadan. Bulan suci umat Islam,” kongsinya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut Mohd Azizulhasni, alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaannya adalah kerana menyampaikan mesej politik di pentas sukan.

Katanya, beliau hanya berniat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia mengetahui keadaan di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telingan dan mata dunia.

“Namun apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak untuk teruskan memberi sokongan kepada rakyat di Palestin.

“Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka di sana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts