Haram cium Hajar Aswad jika sakitkan diri, orang lain – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Hukum mencium batu syurga, Hajar Aswad yang terletak di Kaabah adalah haram jika menyebabkan kesakitan dan membahayakan kepada diri sendiri dan orang lain.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mencium hajar aswad adalah sunat.

Manakala di sisi ulama Syafi’iyyah hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.

“Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” kata beliau.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu dipercayai mengulas video tular seorang lelaki Melayu berbadan tegap dan berpakaian ihram kelihatan bersungguh-sungguh mahu memastikan sekumpulan wanita mencium Hajar Aswar.

Dalam video itu kelihatan wanita-wanita yang ada antaranya memegang telefon kelihatan menahan kesakitan kerana tersepit akibat dihimpit jemaah lain ketika berebut hendak menghampiri batu suci itu.

Manakala lelaki itu pula bersungguh-sungguh menahan jemaah lain demi membolehkan wanita-wanita berkenaan mencium Hajar Aswad dan salah seorang wanita berkenaan kelihatan menangis pada akhir video.

Sementara itu Zulkifli turut mengkritik mereka yang merakam video ketika melakukan ibadah di tanah suci

Menurutnya, perbuatan berkenaan harus ditinggalkan kerana ia adalah satu perbuatan yang merugikan selain merosakkan ibadah.

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu,” katanya.

Hajar Aswad merupakan batu yang diletakkan oleh Nabi Ibrahim AS di salah satu daripada penjuru Ka’bah iaitu di sudut timur dan sebelah kiri multazam. Batu itu diturunkan oleh Allah SWT daripada dari syurga.-MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts