Haram judi di Kedah bukan sebab perkauman

BANGI – Keputusan mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah bukan dibuat bersandarkan perkauman atau cubaan meminggirkan kaum lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, persepsi buruk itu tidak sepatutnya timbul berikutan kegiatan perjudian tidak seharusnya dikaitkan dengan kaum di negara ini.

“Kita tak haramkan judi atas nama perkauman malah saya fikir, tidak sepatutnya mana-mana pihak mengaitkan kaum Cina dengan perjudian.

“Bukan semua orang Cina berjudi malah ramai yang tidak suka apatah lagi apabila ada anak mahu pun suami yang kuat berjudi, balik rumah kemudian pukul isteri.

“Apabila kita haramkan judi, ramai yang cakap bagus dan ucap terima kasih. Ada isteri yang maklumkan suami mereka tak lagi berjudi sampai habis duit puluh-puluh ribu sedangkan kalau buat rumah pun, dah boleh siap,”katanya dalam sembang santai di TikTok.

Muhammad Sanusi berkata, sejak judi diharamkan di Kedah awal tahun ini, banyak pihak termasuk bukan Melayu yang menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana berani mengambil langkah tersebut.

Namun, beliau menyifatkan perkara berkenaan sengaja dipolitikkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Jelas beliau, keputusan kerajaan negeri untuk mengharamkan premis judi turut dihormati oleh kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri hanya ada kuasa berkaitan lesen premis saja melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi saya gunalah kuasa itu.

“Atas permintaan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan turut tamatkan lesen perjudian di Kedah.

“Jangan kata di Kedah ini hanya lesen premis perjudian saja kita tak beri sebaliknya lesen perjudian dikeluarkan kerajaan Persekutuan juga ditamatkan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts