Tak rugi belajar tulisan jawi, boleh faham manuskrip sejarah

 

BANGI – Mempelajari tulisan warisan negara – jawi – bukan sahaja mendatangkan kelebihan kepada seorang individu untuk memahami sejarah negara dengan lebih mendalam, bahkan mereka boleh mengetahui sejarah perundangan tanah air melalui tulisan itu.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, dalam konteks perundangan, kelebihan mempelajari tulisan jawi membolehkan seseorang membaca naskah asal dokumen undang-undang.

“Sebagai contoh, Itqan Al-Muluk yang merupakan undang-undang bagi diri (undang-undang tubuh) Kerajaan Terengganu, yang mana naskah asalnya adalah dalam tulisan jawi. Begitu juga dengan undang-undang lain.

“Malah banyak lagi undang-undang dan manuskrip berkaitan kenegaraan ditulis menggunakan tulisan jawi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Sementara dari aspek kenegaraan termasuk budaya dan patriotisme, Dr Shamrahayu berkata, kemahiran menulis dan membaca jawi menjadi identiti kebanggaan yang membolehkan seseorang itu mengenal diri dan asal usulnya.

 

 

“Boleh mengenal asal usul perundangan negara seperti tulisan-tulisan di Batu Bersurat Terengganu dan Kanun Melaka, Pahang dan sebagainya. Selain itu, dapat mengetahui perjuangan identiti bangsa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi,” kata beliau.

Polemik isu tulisan jawi melanda negara apabila pertubuhan radikal Cina, Dong Zong membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular.

Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong sebelum ini mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember lalu, namun dibatalkan.

Dong Jiao Zong dikatakan tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Selain itu, kuasa pengurusan yang diperuntuk kepada lembaga pengelola sekolah di bawah Akta Pendidikan 1996 dikatakan turut dipinggirkan.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts