Malakat Mall jadikan tahfiz, pusat pengajian Islam rakan strategik

 

CYBERJAYA – Pondok tahfiz, pusat pengajian Islam dan institusi pengajian agama yang diusahakan oleh para ulama adalah antara rakan strategik utama pusat beli belah, Malakat Mall.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, mereka bersama gerakan untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di negara ini.

“Misi kami ialah untuk memastikan wang yang dibelanjakan untuk keperluan harian termasuklah makan minum di institusi pondok dan pendidikan Islam ini tersalur daripada usahawan-usahawan dan produk-produk muslim. 

“Dari sini, segala apa yang dimakan dan diminum oleh anak-anak yang mengaji dan tenaga pengajar datangnya dari sumber yang benar-benar dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bukan itu sahaja, katanya lagi, aliran keuntungan itu juga dipastikan sampai ke peniaga pembayar zakat yang akhirnya menguntungkan umat Islam.

“Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan Malakat Mall dan Casa De Madani untuk majlis yang saya kira sangat ‘high class’ ini bagi meraikan rakan-rakan strategik Malakat Mall. 

“Jom berbelanja ke pusat membeli belah milik kita semua. Sentiasa istiqamah dengan #KempenBeliProdukMuslim,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts