Hasilkan 14,000 bungkusan roti setiap hari guna bahan bantuan

GAZA – Sebuah kedai roti di bandar Gaza mula beroperasi buat kali pertama dalam tempoh enam bulan dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP).

Sambil menggenggam beg roti yang baru dibakar, pemilik kedai, Abdelrahman Al-Jadba membayangkan situasi sukar sebelum ini apabila terpaksa membuat roti yang diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan pasir.

“Semoga keadaan ini berterusan, teruskan berdoa kepada Allah,” katanya.

WFP memaklumkan, pihaknya menggunakan laluan baharu untuk menyalurkan bantuan ke utara Gaza.

Pihaknya telah menghantar lebih 1,300 tan metrik bungkusan makanan dan tepung gandum melalui sembilan konvoi bantuan.

“Pada hari Sabtu, WFP berjaya menghantar bahan api yang cukup untuk 4-5 hari dan tepung gandum ke sebuah kedai roti di bandar Gaza.

“Ini bagi menghasilkan 14,000 bungkusan roti setiap hari, penghantaran pertama sejak permulaan perang,” kata seorang jurucakap WFP.

Beliau berkata, penghantaran perlu diulang secara kerap, rancangannya adalah untuk memastikan tiga kedai roti lain di bandar Gaza pula menerima bantuan.

Menurut Kesatuan Pemilik Bakeri di Gaza, terdapat 140 kedai roti beroperasi di Gaza sebelum perang, kebanyakannya telah dibom dan dimusnahkan.

Israel, yang menafikan menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza, mendakwa bahawa bantuan ke Gaza sudah bergerak dengan lebih cepat.

Tetapi jumlah itu dipertikaikan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus menegaskan ia masih kurang daripada jumlah minimum untuk memenuhi keperluan kemanusiaan.

Agensi bantuan mengadu bahawa Israel tidak memastikan akses mencukupi untuk makanan, ubat-ubatan dan bekalan kemanusiaan lain yang diperlukan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Manusia paling kaya

  JIWA manusia tidak pernah cukup dengan harta dunia. Manusia sentiasa mengejar kekayaan sekalipun apa yang telah ada disisinya…