Hentikan video raya cemari kesucian Islam

Menjelang Syawal, lagu raya sudah mula diputarkan di corong radio. Malah, ada banyak video lagu baharu turut dilancarkan pada masa ini. Begitu juga dengan iklan-iklan raya.

Apa yang menjadi masalahnya apabila terdapat perkara menjelikkan terselit di dalamnya. Apalagi jika ia melibatkan hal yang bertentangan dengan syariat Islam.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, amat malang buat umat apabila Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran dalam Islam dan mengingati ALLAH SWT itu dicemari dengan video raya yang menjijikkan.

“Apatah lagi video yang seakan mengembalikan semula elemen jahiliah setelah ALLAH mengurniakan keindahan Islam buat kita,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.

Jelas beliau, hakikatnya hari raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam.

Bahkan, ia adalah anugerah ALLAH SWT kepada umat Islam bagi menggantikan perayaan dalam tradisi jahiliah

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Aidildha dan Hari Raya Aidilfitri.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Sebagai Mukmin, Ahmad Sanusi menjelaskan, sewajarnya kita sensitif dengan perkara kemungkaran yang merupakan antara ciri orang beriman sebagaimana digambarkan dalam hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i.

    “Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.

    “Justeru sebagai seorang Mukmin, kita seharusnya membenci perkara-perkara yang menjijikkan seperti ini. Jauhi diri daripada memberikan perhatian yang salah terhadap mereka yang mencarinya.

    “Barangkali sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap video-video yang mencemar kesucian agama ini,” tegasnya.

    Kepada mereka yang sudah ‘terlanjur’ melakukannya, pendakwah Ustazah Asmak Husin menjelaskan, rahmat ALLAH sentiasa terbuka luas bagi hamba-NYA yang dikehendaki.

    Jelas beliau, kita sebenarnya mempunyai pilihan dalam hidup masing-masing untuk membangunkan ummah dan agama, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

    “Ingatlah, Ramadan masih berbaki. Banyakkan beribadah dan bertaubat. Mudah-mudahan kita bertakwa,” titipnya.

    www.indahnyaislam.my

    —-—

    Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

    www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

    PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *



    Sumbangan
    Related Posts