Hiburan mencemarkan fitrah agama tidak boleh dibiarkan

KUALA LUMPUR: Sejak semalam tular video drama tempatan yang dipercayai akan ditayangkan pada bulan Ramadan dan mengandungi adegan maksiat yang tidak disenangi ramai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau bukan mahu menghalang industri hiburan di Malaysia, namun jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku tanpa dinasihati.

“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar takwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

“Hiburan tidak dihalang dalam Islam. Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Idris memaklumkan beliau akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts