Hari al-Quds: Pengorbanan dan kesabaran perlu dalam berhadapan musuh Islam

qardawi

 

QATAR, 24 Ogos – Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi menyebu umat Islam supaya kembali menyuburkan kefahaman akan erti pengorbanan dan kesabaran dalam setiap jiwa umat Islam dalam menghadapi ancaman yang berterusan daripada musuh Islam.

“Jika kita tidak mampu untuk menanam sifat sabar dan berkorban dalam melakukan amal yang tidak disukai (fardhu dan wajib) mana mungkin kita akan mampu (bersabar dan berkorban) ketika berhadapan dengan musuh”

“Pertembungan berhadapan dan jihad memerlukan pengorbanan dan kesabaran jauh lebih besar daripada itu”

Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia tersebut berkata demikian dalam laman twitternya sempena Hari Memperingati Al-Quds sedunia yang ke-47 bertarikh 21 Ogos lepas.

Tambah beliau lagi umat Islam hari ini dilihat begitu naif terutama apabila berhadapan dengan yahudi yang sudah dikenali dengan begitu banyak sifat buruk pada mereka

“Berapa banyak dalam Quran menceritakan perihal perangai buruk yang ada pada yahudi, mereka adalah golongan manusia yang paling kuat menipu apabila berkata dan paling kuat menzalimi apabila berjanji namun kita berhadapan dengan mereka seolah-olah tidak pernah kenal mereka”

Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid.

Dikesempatan itulah, seorang warga Australia berbangsa Yahudi, Denis Rohanmemulakan melakukan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar beberapa peralatan utama yang bersejarah di masjid tersebut.

Sumber: muis

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts