Siapa Karim, kenapa semua tutup mata untuk dia?

 

BEBERAPA foto di media sosial terutamanya di laman Twitter merakam beberapa individu termasuk ahli politik menutup sebelah mata mereka bersama tanda pagar (hashtag) #SolidarityWithKarim. Siapa Karim?

Sinar Online mendapati individu-individu berkenaan bertindak sedemikian sebagai tanda solidariti terhadap seorang bayi warga Syria yang kehilangan mata kirinya dalam pengeboman yang dijalankan oleh Presiden Syria Bashar al-Assad.

 

Karim yang kehilangan sebelah matanya selepas dibom tentera rejim Bashar al-Assad.

Global News mengatakan Karim kehilangan matanya dan ibunya selepas rumahnya di Hammuriye, timur Ghouta dibom tentera rejim pada 15 Disember lepas.

Gerakan menutup sebelah mata sebagai tanda solidariti terhadap Karim kemudian digerakkan oleh seorang wartawan Syria, Hadi Al Abdullah.

“Kanak-kanak Syria bersolidariti dengan Karim, yang kehilangan satu mata dan retak kepala selepas dibom rejim Assad di timur Ghouta. Ibunya juga maut dalam serangan sama,” kata Hadi di Twitter Isnin lepas.

Selanjutnya, gerakan solidariti berkenaan dihidu oleh warga antarabangsa termasuk ahli politik, diplomat dan rakyat negara antarabangsa secara amnya.

 

 

Tweet oleh wakil Britain ke PBB, Matthew John Rycroft:

“Semasa kita duduk di Majlis Keselamatan PBB dan memberi amaran lebih ramai akan terkorban, lebih banyak sekolah dibom, lebih banyak kanak-kanak berparut. Ini maksud kami,” tulis wakil Britain ke PBB, Matthew John Rycroft di Twitter.

“Saya bersama-sama Karim, bayi berusia dua bulan yang kehilangan matanya dan ibunya selepas dibom rejim Assad,” kata Keereman di laman sama bersama foto menutup sebelah mata.

 

Agensi media @BILD di Berlin, Jerman bersolidariti untuk Karim.
Antara rakyat negara antarabangsa yang bersolidariti untuk Karim.

Ketika ini, keadaan di timur Ghouta semakin meruncing lanjutan sekatan bahan makanan dan perubatan yang dijalankan oleh Assad sejak 2013.

Sebelum ini, kisah seorang bayi yang meninggal dunia akibat tidak cukup zat di timur Ghouta juga menarik perhatian antarabangsa. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts