MB Terengganu tunai solat hajat bersama kakitangan negeri

 

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri menunaikan solat hajat bersama kakitangan kerajaan negeri sejurus memasuki pejabat bagi memulakan tugas secara rasmi di Wisma Darul Iman, di sini.

Ahmad Samsuri yang ditemani Tuan Faizah Tuan Ab Rahman tiba di pusat pentadbiran negeri tersebut pada pukul 8.50 pagi disambut oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman Yahya.

Turut mengiringinya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang dan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu.

Ahmad Samsuri kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Terdahulu, beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada Jumaat lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts