Hina Nabi: Semua diminta bertenang?

 

1. Rasulullah mencela mereka yang bersekongkol dalam pembunuhan seorang Muslim. Perkara ini dinyatakan di dalam hadith di mana Rasulullah menegaskan:

من أعان على قتلِ امرئٍ مسلمٍ بشَطرِ كلمةٍ لَقِي اللهَ يومَ القيامةِ مكتوبًا على جبهتِه : آيِسٌ من رحمةِ اللهِ

“Barangsiapa yang membantu (bersekongkol) dalam pembunuhan seorang muslim (walau) dengan separuh perkataan, nescaya dia akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat dalam keadaan dituliskan di atas dahinya “Yang terputus dari rahmat Allah”. (HR Ahmad)

2. Berdasarkan hadith ini adalah wajar bagi seorang Muslim untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap insiden yang menyebabkan saudara Muslim mereka terbunuh. Mereka meluahkan kekecewaan mereka, tidak mahu berdiam diri, atau bersekongkol dalam isu tersebut.

Malah hadith tersebut turut menyatakan bahawa tiada rahmat bagi perkara sebegini. Jangan pula kita salah faham tentang konsep Rahmatan lil Alamin.

 

Image may contain: 8 people, text

 

3. Begitu juga penghinaan terhadap Rasulullah. Di dalam al-Quran, Allah melaknat mereka yang menyakiti Allah dan Rasul. Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُهِيناً

“Sesungguhnya orang yang mencaci Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat, dan disediakan bagi mereka azab yang hina. (Al-Ahzab: 57, Terjemahan JAKIM).

4. Ayat ini mengajar kita bahawa perbuatan menyakiti Allah dan Rasul melalui penghinaan terhadap mereka adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Benar, pendekatan dakwah adalah salah satu pendekatan di dalam perkara ini, namun, Muslim juga tidak dilarang untuk menyuarakan kekecewaan dan bantahan mereka terhadap individu yang menghina Rasulullah.

5. Luahan kekecewaan yang disuarakan oleh seorang Muslim adalah tanda keperihatinan mereka terhadap perkara yang menyakiti Rasulullah dan saudara Muslimnya yang lain.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. tulisan yang sangat jelas; pemimpin kena faham rahmatan lil alamin, bukan rahmat dengan meredhai islam dihina dan redha dengan perbuatan kuffar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts