WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dc9.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Warning: session_start() expects parameter 1 to be array, string given in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_kvfrjsivgib2he5ds4ojd0nu7f, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dcb.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dcc.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dcd.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dce.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dd0.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Hukum suami berpura-pura curang untuk ‘prank’ isteri adalah haram di dalam Islam - Indahnya Islam

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dd3.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dd4.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

Hukum suami berpura-pura curang untuk ‘prank’ isteri adalah haram di dalam Islam

Zaman sekarang ini, banyak kejadian-kejadian ‘prank’ yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita yang bertujuan nak mengenakan seseorang dengan tujuan yang tertentu. Ada yang prank sebab nak malukan kawan, ada yang nak surprisekan mak ayah dan ada juga berpura-pura curang dengan pasangan.

Melalui kiriman terbaru dari laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada individu yang bertanya apakah hukum suami prank si isteri dengan berpura-pura curang. Disebabkan prank itu, si isteri yang menjadi mangsa diserang anxiety kerana tak menganggap itu sebagai gurauan.

Soalan

Assalam tuan, saya nak tanya berkenaan trend sekarang ni di mana suami cuba nak prank isterinya dengan cara buat-buat curang. Tapi isterinya tak anggap itu sebagai prank gurauan malah lagi teruk sampai kena anxiety dan dikatakan trauma seumur hidup dah semata-mata nak buat konten video dengan cara macam ni. Saya nak minta penjelasan apa batasan gurau-gurau prank macam ni lagi-lagi antara suami isteri. Risau saya tengok anak-anak muda sekarang macam asyik tiru gaya barat je nak buat konten sampah macam ni. Mohon pihak tuan buat teguran dan penjelasan sikit.

Jawapan ringkas

Waalaikumussalam wbt. Hukum suami bergurau dengan isteri dengan cara prank curang adalah haram di dalam Islam. Ini kerana ia melanggar batasan syariah itu sendiri yang melarang bergurau secara berlebihan dengan cara menipu dan mereka-reka cerita yang palsu. Malah haram hukumnya jika seorang suami atau isteri menyakiti pasangannya sehingga mengakibatkan kesakitan pada emosi dan fizikal. Trend gurauan sebegini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi menjadi bahan tatapan di internet dan media sosial.

Huraian

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat. Islam menganjurkan kepada suami untuk berbuat baik dan berkasih sayang terhadap isteri. Seorang suami tidak sepatutnya menipu atau bergurau dengan cara yang menyakiti emosi dan fizikal isterinya. Firman Allah SWT:

ADVERTISEMENT

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Surah al-Rum (21)

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa hubungan suami isteri berasaskan kasih saying antara satu sama lain yang mana kedua-duanya berusaha mengukuhkan hubungan dan kehidupan dengan melunaskan tanggungjawab masing-masing. Sesebuah keluarga itu akan terjaga jika masing-masing melaksanakan fungsi asas di dalam kehidupan rumahtangga; suami memerlukan isteri sebagai tempat curahan kasih sayang dan isteri memerlukan suami sebagai tempat bergantungnya nafkah dan jagaan terhadap anak-anak. [Lihat Tafsir al-Munir: 21-22/69]

Menurut ayat al-Quran dan keterangan tafsir di atas, pasangan suami isteri hendaklah bergaul dengan pasangan masing-masing dengan cara yang baik, lemah lembut serta berkasih sayang untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Seseorang juga tidak boleh bergurau senda dengan cara yang menyakitkan hati pasangan masing-masing seperti menipu dan seumpamanya. Terdapat larangan yang jelas dari Rasulullah SAW terhadap penipuan meskipun dalam urusan gurauan sekali pun, seperti sabda Baginda:

ويل للذي يحدث، فيكذب ليضحك به القوم ويل له، ثم ويل له

Maksudnya: Celakalah sesiapa yang berkata dusta untuk membuat orang ketawa, celakalah dia, dan celakalah dia

Riwayat Abu Daud (4990)

Menurut Syeikh Asyraf Siddiqi, hadis di atas menjelaskan berkenaan ancaman yang paling berat akan dikenakan terhadap pelaku yang menipu demi gurauan atau gelak tawa orang ramai, iaitu neraka yang paling bawah.Lihat Aunul Ma’bud: 8/133]

Penipuan juga tidak boleh dilakukan dalam keadaan bergurau senda, apatah lagi keadaan yang benar. Sabda Nabi SAW:

إن الكذب لا يصلح في جد ولا هزل

Maksudnya: Sesungguhnya penipuan itu tidak dibolehkan baik dalam keadaan yang benar ataupun gurauan

Riwayat Ibn Majah (46)

Imam al-Sindi menjelaskan berkenaan La Yuslih (لا يصلح) dalam hadis di atas bermaksud tegahan atau larangan yang keras kepada orang Mukmin agar jangan sesekali menipu. Akibat daripada perbuatan menipu itu sendiri mengakibatkan kesan yang buruk sama ada kepada pelaku ataupun kepada orang yang ditipu. Perbuatan menipu juga merupakan akhlak dan moral yang buruk, di mana pada hari akhirat nanti Allah SWT akan mencatat pelaku tersebut dengan gelaran ‘penipu’.[Syarah Sunan Ibn Majah: 1/35-36]

Pada artikel Irsyad Fatwa siri ke-566, pihak kami telah menjelaskan mengenai hukum dan kesan buruk perbuatan prank ini melalui kaca mata Islam. Gurauan melampau seperti menakut-nakutkan orang atau membuka aib orang adalah dilarang sama sekali, apatah lagi jika perbuatan tersebut dimuat naik di media sosial. Kesan kepada prank ini akan membuatkan seseorang itu berasa risau dan sedih, lebih-lebih lagi jika pihak yang diperlakukan sedemikian adalah pasangan sendiri.

Kesimpulan

Maka kami simpulkan bahawa hukum suami melakukan prank kepada isteri dengan cara curang adalah haram di dalam Islam. Ini kerana ia melanggar batasan syariah itu sendiri yang melarang bergurau secara berlebihan dengan cara menipu dan membuat-buat cerita yang palsu. Gurauan sebegini mengakibatkan kesan yang buruk pada emosi dan mental isteri tersebut, malah haram hukumnya jika seorang suami atau isteri menyakiti pasangannya sehingga mengakibatkan kesakitan pada emosi dan fizikal. Nasihat kami agar trend gurauan sebegini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi menjadi bahan tatapan di internet dan media sosial. Wallahua’lam. – Mufti Wp

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dd7.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7d0399-dd8.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts