i-GURU sangsi KPM benarkan bukan Islam beri cadangan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam

 

i-GURU sangsi pihak KPM melalui Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam membenarkan kaum bukan Islam mengemukan cadangan penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan

1. iGuru menyambut baik penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) dibawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) KPM pada 15 April 2019 untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) bagi tujuan menambahbaik mata pelajaran Pendidikan Islam.

2. Namun secara serius iGuru berpandangan terdapat beberapa perkara dan isu yang perlu dipersoalkan terhadap pihak KPM untuk menjawab dan memperjelaskan kepada umum khususnya kepada umat Islam tentang penubuhan PPKPI, keanggotaan ahli PPKPI dan kaedah perlaksanaannya.

 

 

3. iGuru merasa musykil dan sangsi kewajaran pihak KPM membenarkan kaum bukan islam memberikan cadangan berkaitan mata pelajaran pendidikan Islam sebagaimana yang tertulis di laman Facebook Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo Nie Ching. Ini kerana ia telah membuka ruang pihak lain mencampuri urusan hal ehwal agama islam dan seolah-olah merendahkan martabat dan kedudukan mata pelajaran pendidikan Islam berbanding mata pelajaran yang lain.

4. iGuru berharap pihak KPM lebih berhati-hati dan sensitif terutama hal yang berkaitan dengan agama Islam dan umat Islam.

Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts