Ibu bapa patut jadi ustaz, ustazah di rumah mengajar anak

 

IPOH – Ibu bapa disaran mengambil alih tugas ustaz dan ustazah kepada anak-anak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, selama ini kebanyakan ibu bapa menyerahkan tugas berkenaan kepada guru walaupun untuk perkara-perkara yang asas dalam agama.

“Semasa menjalani perintah PKP, ibu bapa sewajibnya menjadi guru, murobbi, muaddib, muallim dan mursyid kepada anak-anak.

“Ini kerana ibu bapa juga akan melalui ‘peperiksaan’ dan penilaian ALLAH terhadap kemenjadian anak mereka khususnya dalam penghayatan al-Quran dan fardu ain,” katanya.

Beliau berkata, berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19), kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengumumkan pembatalan beberapa peperiksaan besar termasuklah Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober depan.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung telah mengembalikan tugas yang selama ini ramai ibu bapa serahkan kepada pendidik mengajar anak-anak mereka subjek UPKK.

“Mata pelajaran yang diajar di dalam sukatan UPKK adalah perkara-perkara asas dan pokok, dalam membentuk kemenjadian seseorang anak menjadi seorang muslim atau muslimah yang beramal dengan ajaran Islam.

“Sepertimana disebutkan dalam surah al Tuur ayat 21: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya,” katanya.

 

Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Saudaraku Rohingya…

  Saudaraku Rohingya… Dibakar, Dihalau, Dibelasah, Ditindas, Disekat bantuan, Dinafikan hak sebagai rakyat… Hari rohingya setiap hari, Tapi…