1. Paling mudah, jadilah manusia tanpa idea. Tidak perlu fikir apa-apa. Tidak perlu risau apa-apa juga kerana dia tak ada idea pun tentang apa yang dia nak dan tiada idea tentang apa yang dia tidak dapat lagi. Hidup ditentukan oleh peristiwa sekeliling tanpa sebarang tekanan. Dia sentiasa rasa ok.
2. Bila manusia mula berfikir, dia akan ada idea. Bila ada idea, dia ada cita-cita dan harapan untuk dicapai. Perasaannya akan bergolak kerana jiwanya mula bergerak untuk mencapai apa yang dia fikir. Cuma bergerak atau tidak, itu bergantung kepada dia ada idea tak untuk gerakkan dirinya bagi mencapai semua yang dia fikir dia hendak itu?
3. Jika dia ada idea apa yang dia mahu, tapi tidak ada idea bagaimana cara untuk capai, dia akan masuk ke dunia yang penuh penyeksaan. Dia akan mula resah gelisah tak puas hati pada diri sendiri. Tengok orang lain yang berjaya dia akan rasa tak seronok; mungkin cemburu, mungkin rasa rendah diri.
4. Dia akan mula ditimpa penyakit baru bila timbul pula idea macam mana nak kacau kejayaan orang lain pula. Dah alang-alang dia pun tak dapat idea macam mana nak dapatkan apa yang dia fikirkan dia mahu, baik cari idea macam mana nak bagi orang lain pun melepas macam dia. Ini dah masuk tahap idea jahat.
5. Jadilah manusia berfikir. Berusahalah agar kita ada idea yang sempurna. Kita perlu ada idea tentang apa yang kita perlu dan tidak terkeliru dengan apa yang kita mahu. Kita perlu ada idea bagaimana nak lakar gerak kerja untuk capai apa yang kita perlu. Dan kita sentiasa ada idea bagaimana nak berkembang dan terus maju dengan perubahan diri dan sekeliling yang berlaku.
6. Idea menjadikan kita relevan sepanjang masa. Di tahap manakah anda? Ada idea bagaimana nak ukur?
Wallahu waliyuttaufiq – Ismaweb
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)